Tuesday, October 23, 2018

JUBAH ABAYA

Edit Posted by with No comments
Tentu masih ramai yang tidak tahu apa sebenarnya ABAYA ini. Jangan bimbang, Abaya Elegan akan membantu anda memahami makna perkataan ABAYA ini. Kepakaran kami ialah memasarkan abaya berkualiti dari negara teluk maka kami berpengalaman tentang abaya, fabriknya, potongannya dan asalnya.Abaya ialah pakaian tradisi wanita-wanita di negara-negara teluk atau timur tengah.

 Di sana ia dipanggil 'Abaya', 'Swaeiyah' ataupun 'Daffa'. Ia pada dasarnya ialah sehelai kain (pakaian) yang dipakai di luar atau pun di atas pakaian lain bila wanita mahu keluar rumah. Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'black over garment' atau 'black cloak' jika diterjemahkan maknanya 'selimut hitam'.

Pemakaian abaya adalah amat bertepatan dengan ciri-ciri pakaian wanita Islam yang menepati syariat. Ini kerana sehelai abaya biasanya mempunyai beberapa ciri berikut:
  • Kainnya tebal
  • Warnanya hitam
  • Ianya besar dan longgar
  • Ianya labuh menutupi seluruh badan
  • Ianya sopan
  • Simbol wanita Islam

Sebahagian besar masyarakat di negara teluk menganggap abaya sebagai pakaian tradisi mereka namun di zaman ini abaya sudah menjadi pakaian global kerana di mana-mana saja ada muslimah yang memakai abaya. Pengaruh fesyen dan budaya Khalejia atau budaya wanita-wanita UAE yang sentiasa elegan memakai abaya kini menjadi fenomena di beberapa negara yang mempunyai jumlah umat Islam yang besar seperti Malaysia dan Indonesia.

Tapi, jangan terkejut kerana ramai muslimah dari negara-negara bukan Islam pada hari ini gemar memakai abaya. Mereka telah menerima abaya sebagai pakaian Islam yang ringkas, elegan dan sangat memuaskan dalam menutup aurat.



0 comments:

Post a Comment