1. CORAK KAIN YANG BERBUNGA-BUNGA
Kalau kita lihat di pasaran, makin banyak baju kurung atau baju raya yang menampilkan rekaan kain yang bercorak. Motif bercorak yang menjadi pilihan trend 2018 adalah bercorakkan bunga-bungaan. Nampak lebih sopan dan lembut bagi sesiapa sahaja pemakainya.
2. PEPLUM MASIH LAGI JADI PUJAAN
Bukan sahaja terkenal pada zaman Saloma, malah rekaan peplum ini masih mendapat tempat di hati ramai wanita zaman sekarang. Mampu untuk kelihatan feminin dan dalam masa yang sama elegen dan ‘classy’, gaya peplum masih menjadi trend untuk baju raya 2018.
3. BAJU TABURAN MANIK
Tidak ramai yang akan menggayakan baju raya yang mempunyai taburan manik sebagai corak pada Hari Raya kerana fikir akan kelihatan terlalu eksklusif. Tak salah sebenarnya, trend 2018 membolehkan anda untuk menggayakan baju idaman yang mempunyai rekaan manik yang pelbagai. Nampak meriah sikit.
4. KEBAYA DAN KEBARUNG PILIHAN KLASIK
Buat anda yang suka mengekalkan ciri-ciri tradisional Melayu, masih tidak ketinggalan zaman untuk menggayakan baju kebarung dan kebaya pada hari ini. Trend yang tidak lapuk ditelan zaman ini mampu untuk menjadikan anda kelihatan ayu dan manis sepanjang hari.
0 comments:
Post a Comment